Tarikh : 08.09.2014
Seksyen : 4
Pengajar : Profesor Madya Miswan Bin Surip
Assalamualaikum dan salam sejahtera .
Zaman yang kian meningkat kemajuan mempengaruhi pemikiran untuk masyarakat membuat akaun bank untuk menyimpan wang . Di sini , saya memilih untuk membuka akaun CIMB . Oleh itu, saya akan menunjukkan beberapa prosedur serta langkah untuk membuka akaun bank CIMB sebelum meneruskan ke perbankan internet CIMB atau lebih dikenali sebagai CIMB Clicks . Saya telah memilih prosedur membuka akaun CIMB iaitu di CIMB Cawangan Parit Raja .
Langkah 1 :
Prosedur Membuka Akaun Bank
Bahagian 1 - Kaunter Pertanyaan
1. Pemohon menyatakan berkenaan pembukaan akaun di kaunter pertanyaan .
2. Pemohon akan diminta untuk memberikan kad pengenalan dan membuat pengesahan cap jari .
3. Selepas pengesahan kad pengenalan, pemohon akan mendapat maklumat MyKad pemohon dan mengambil nombor giliran untuk ke kaunter perkhidmatan .

Bahagian 2 - Kaunter Perkhidmatan
1. Setelah tiba giliran pemohon, pemohon akan menuju ke kaunter perkhidmatan untuk membuat pengesahan maklumat pemohon .
2. Terdapat beberapa borang yang perlu ditandatangan pemohon antaranya ialah borang pengakuan, borang terma dan syarat, dan lain-lain .
3. Pemohon akan menunggu pengesahan daripada pihak atasan sebelum diberikan nombor akaun bank .
4. Setelah menerima nombor akaun, pemohon perlu menuju ke mesin deposit tunai untuk mendepositkan RM 250 untuk dijadikan sebagai simpanan di dalam bank tersebut .

Bahagian 3 - Meja Penerimaan Kad ATM
1. Kemudian nama pemohon akan dipanggil untuk penerimaan kad ATM .
2. Di meja tersebut, pemohon akan menandatangani kawasan sebelah belakang kad ATM tersebut .
3. Selesai menandatangani kad tersebut, pemohon akan menerima satu siri nombor keselamatan .
4. Jikalau pemohon berhasrat untuk menukar nombor keselamatan tersebut, pemohon boleh menuju ke mesin ATM untuk menukarkan nombor keselamatan tersebut dengan nombor pin yang baru .

Langkah 2 :
Prosedur Membuat Perbankan Internet
Bahagian 1 - Membuat e-pin
1. Pemohon akan memerlukan e-pin sebelum dapat mendaftar untuk perbankan internet . Oleh itu, pemohon perlu ke mesin ATM untuk membuat e-pin .
2. Di mesin ATM, pemohon perlu mengikut laluan berikut pada mesin ATM :
「Lain-lain > CIMB Clicks > CIMB Clicks e-Pin」
3. Kemudian, pemohon akan diminta untuk memasukkan nombor e-pin yang dikehendaki.
「PERHATIAN : Nombor e-pin tidak boleh sama dengan nombor pin ATM」
4. Setelah memasukkan nombor e-pin dan mengesahkannya, pemohon perlu memasukkan nombor telefon pemohon untuk penerimaan alamat sesawang dan memuat turun Perbankan Mudah Alih CIMB Clicks .

Bahagian 2 - Membuat Akaun Perbankan Internet
1. Pemohon perlu pergi ke laman sesawang CIMB Clicks iaitu :
" http://www.cimbclicks.com.my/ "
2. Pemohon perlu ke Daftar Perbankan Internet CIMB Clicks untuk membuat akaun Perbankan Internet iaitu :
" http://www.cimbclicks.com.my/wps/portal/Registration " .
3. Pemohon perlu membuat ID, kata laluan dan 'secure word' pemohon , dan juga mengisikan ruang 'enter your introducer's details' .
4. Setelah membaca dan menerima Terma & Syarat perbankan internet, pemohon hanya perlu klik pada butang 'submit' untuk menghantar maklumat pemohon atau klik pada butang 'clear' untuk mengosongkan kawasan ruang maklumat yang telah diisi .
Setelah selesai mendaftar pemohon boleh mengedit dan memperbaharui maklumat pemohon di laman sesawang CIMB Clicks . Terdapat pelbagai servis sediakan oleh CIMB yang boleh digunakan oleh pengguna-pengguna CIMB Clicks seperti pemindahan wang simpanan, pembayaran bil, dan juga kad tambah nilai prabayar . Kemudahan ini telah banyak memberi manfaat kepada pengguna akaun CIMB Clicks pada masa kini dan pada masa akan datang .